Saturday, July 18, 2009

Luahan aku pada kamu

ini hanya luahan aku, pada kamu..
kamu..yg tak pernah sedar..
sbb kamu rasa, kamu bijak. kamu bagus. kamu lebih berpengalaman.
kamu hanya tahu menuduh. mengata. tanpa selidik. tak pikir perasaan org lain.
terang2 kamu mengutuk si penjawat awam. terang2 kamu kutuk pihak yg pernah biayai kamu.
kamu jejak negara org dalam usia muda. kamu di taja. kami berharap kamu pulang dgn sehelai kertas yg boleh meningkatkan martabat diri kamu sendiri. tapi kemudiannya.. hampa. kamu balik dgn sia2. tapi kamu terfikir ke, siapa yg taja kamu? duit siapa? sedangkan ayah aku, si pembayar cukai tidak dpt apa keistimewaan yg kamu rasa. aku sendiri, anak si pembayar cukai, hanya meneruskan pelajaran di politeknik dlm negara. bukan di seberang tambak. tapi pernah ke aku membuat kenyataan berani seperti kamu?

kamu sepatutnya bersyukur. sepatutnya, insaf. dgn kesilapan yg kamu lakukan dahulu, sepatutnya kamu lebih matang. tak rugi merendah diri sedikit. dengan angkuh, kamu menuduh penjawat awam pemalas. bagaimana pula segelintir yg rajin? kamu lontar bermacam2 tuduhan. tapi mengapa kamu menuntut di tempat yg yurannya berjumlah rm490? mengapa kamu tidak memilih limkokok saja? kan bagus.. memandangkan kamu memang suka mengutuk pihak yg pernah biayai kamu.

apabila sebut penjawat awam, kamu kaitkan dgn malas. tapi pernah ke, kamu pikir tentang seorg ibu tunggal bekerja sebagai penjawat awam. membesarkan 5org anak. masa rehatnya, hanya di meja pejabat. meninggalkan mejanya, hanya pada waktu solat. pernah ke kamu pikir, tentang seorg suami bekerja sebagai penjawat awam, terpaksa melarikan diri supaya tidak disuruh untuk membeli sarapan untuk si ketua. menanggung malu setiap hari. menggelak dari dituduh curi tulang. tapi jikalau kamu tetap megutuk semua si penjawat pemalas, adalah tidak adil.

kerja di mana2 pun, sama. jika sudah dinamakan malas, maka malas la. semua nya bergantung pada diri kita sendiri. mahu atau tidak. jadi, kamu tidak perlu lah menuduh secara terang2 di khalayak ramai. aku rasa, bukan aku saja yg muak dgn perangai kamu. mereka yg lain pun sama. cuma kami malas untuk bertengkar dgn kamu yg angkuh.

No comments:

Post a Comment